Thursday, 30 June 2011

1.3b Usahawan dan Peniaga

1.3b  Usahawan dan Peniaga


Terdapat perbezaan yang ketara usahawan dan peniaga. Seseorang peniaga tidak semestinya usahawan. Manakala usahawan tidak semestinya adalah peniaga.

    Usahawan merupakan individu yang dapat menggabungkan faktor pengeluaran secara cekap dan bijak bagi menghasilkan barang atau perkhidmatan.  Faktor pengeluaran dapat digembleng  secara maksimun bagi menghasilkan produk yang bernilai faedah tinggi kepada manusia.Usahawan juga mempunyai sifat kreatif, inovatif, dinamik, tekun dan berkeupayaan menghasilkan barangan yang dapat memenuhi keperluan manusia.manakala seseorang peniaga hanya melibatkan diri dalam perniagaan untuk meraih keuntungan semata-mata. 

Peniaga tidak membuat sebarang perubahan ke atas perniagaan yang dikendalikan. Peniaga hanya menjaga kepentingan peribadi iaitu keuntungan hasil daripada aktiviti jual beli. Bagi usahawan, keuntungan bukanlah matlamat akhir. Secara amnya, keuntungan hanyalah sebagai permulaan baginya untuk meneruskan usaha. Usahawan juga sentiasa melakukan perubahan agar barang dan perkhidmatan yang ditawarkan mendapat tempat di pasaran.


1.     Kreatif

Usahawan mestilah kreatif iaitu berkeupayaan mencipta dan menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Daya kreativiti usahawan menghasilkan sesuatu barangan yang baru, berguna dan berkualiti akan dapat menyaingi pesaingnya. Rekaan dan ciptaan baru para usahawan yang kreatif dapat memenuhi kehendak dan citarasa masyarakat. Daya kreativiti usahawan dapat dilihat dalam pembangunan teknologi maklumatdan komunikasi. Pelbagai perisian computer dicipta selaras tahap penggunaan computer di pelbagai bidang. Penciptaan kad pintar dan perisian khas membolehkan pelbagai urus niaga dibuat tanpa menggunakan kertas dan wang.


2.     Inovatif

Usahawan mestilah dan sentiasa peka dengan kemajuan dan perubahan yang berlaku. Inovatif bermaksud kebolehan mengubah suai, meningkatkan mutu atau membuat pembaharuan ke atas barang atau perkhidmatan yang sedia ada kepada sesuatu yang berbeza dan luar biasa. Satu inovasi yang dilakukan oleh syariakat telefon bimbit adalah perkhidmatan Penghantaran Mesej Ringkas ( Short Messaging Service – SMS ) iaitu penghantaran maklumat ringkas melalui telefon bimbit. Ini menjimatkan masa dan memberi pilihan kepada pengguna untuk menyampaikan maklumat kepada orang lain.


3.     Berani mengambil risiko

Usahawan mestilah berani mengambil risiko yang munasabah. Usahawan akan berhadapan dengan dua bentuk risiko iaitu risiko yang boleh dihitung dan dikawal serta risiko yang tidak boleh dihitung. Semakin besar sesuatu risiko, semakin tinggi ganjaran yang diterima. Sebaliknya semkain kecil sesuatu risiko, semakin kecil ganjaran yang diterima. Usahawan mestilah mempertimbangkan secara rasional antara ganjaran dan risiko sesuatu projek yang diusahakan.


4.     Kebolehan mengurus

Usahawan mestilah mempunyai kebolehan mengurus supaya perniagaan dapat dikendalikan dengan baik. Di antara kebolehan mengurus yang diperlukan adalah pengendalian pekerja, menguruskan aspek kewangan dan membuat perancangan supaya segala sumber perniagaan digunakan secara berkesan. Pengurusan yang berkesan dapat memajukan dapat membentuk perniagaan yang maju dan berdaya saing. Selain daripada empat sifat tersebut, usahawan juga perlu berpandangan jauh, bijak merebut peluang, amanah, berkeyakinan tinggi dan cekap. Semua ini membezakan usahawan dan peniaga.

1.3 FAKTOR PENGELUARAN

1.3  FAKTOR PENGELUARAN

1.3a  Tanah, Buruh, Modal dan Usahawan

Faktor pengeluaran merupakan unsur penting bagi menjalankan aktiviti pengeluaran. Tanpa mana-mana faktor tersebut, penegeluaran tidak dapat dilaksanakan. Setiap faktor akan terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam aktiviti pengeluaran. Faktor pengeluaran terdiri tanah, buruh, modal dan usahawan.


1.    Tanah

Tanah merupakan kekayaan daripada alam semula jadi yang terdapat di laut, darat dan udara. Tanah menyediakan tempat, sumber asli dan ruang bagi melakukan pengeluaran. Tanah merupakan tapak atau ruang untuk aktiviti pengeluaran beroperasi seperti tanah pertanian, kawasan perikanan dan tapak  industri. Sumber asli merupakan bahan galian, hasil pembalakan, hasil laut dan sebagainya yang menjadi bahan mentah untuk diprosesmenjadi bahan siap. Contohnya dalam pengeluaran perabot, kilang perabot memerlukan tapak kilang, kayu, paku dan skru. Kayu dan papan diprolehi dari hutan. Paku dan skru diperbuat daripada besi. Tapak kilang, kayu dan besi berpunca daripada tanah.









2.     Buruh
Buruh merupakan segala usaha manusia secara fizikal atau mental untuk melaksanakan pengeluaran. Buruh tidak mahir merupakan buruh yang tidak mempunyai pengetahuan atau kemahiran tinggi seperti buruh kasar. Buruh mahir seperti jurutera, doctor dan akuantan. Kerja-kerja buruh boleh dilakukan sendiri oleh pengusaha atau diupah orang lain melakukanya.








3.    Modal

Modal adalah kekayaan berupa wang bagi membeli asset seperti bangunan, kilang, kedai, peralatan, mesin dan seumpamanya. Asset ini diperlukan bagi melakukan pengeluaran. Modal boleh dikumpul sendiri atau dipinjam.




4.      Usahawan

Usahawan merupakan seseorang yang mengguna dan menggabungkan faktor pengeluaran bagi menghasilkan produk. Ia mestilah orang yang berkebolehan dan berkemahiran dalam melakukan pengeluaran supaya beroleh keuntungkan. 




Cabang pengeluaran

 Cabang pengeluaran

Terdapat beberapa  cabang pengeluaran iaitu perusahaan, perdagangan dan khidmat langsung.


1.     Perusahaan
Terdapat tiga jenis perusahaan iaitu industri ekstraktif, industri perkilangan dan industri pembinaan.

                                                    i.            Industri Ekstraktif
             Industri ekstraktif merupakan kegiatan mengekploitasi sumber asli seperti kayu balak, bijih timah dan getah. Ia juga dikenali sebagai industri pertama. Industri ini melibatkan usaha pengeluaran bahan mentah dari alam semula jadi untuk diproses menjadi barang separuh siap. Antara kegiatannya adalah perlombongan, pembalakan, perikanan dan pertanian.








                                           







                                                  ii.            Industri Perkilangan
           Industri perkilangan merupakan aktiviti memproses bahan mentah daripada industri esktraktif menjadi barang separuh siap atau barang siap. Ini merupakan industri  peringkat kedua. Antaranya adalah keluli industri petroleum, besi keluli, pengetinan makanan, pemasangan kereta dan industri perkilangan lain.











                                               iii.            Industri Pembinaan
           Industri pembinaan merupakan aktiviti membina struktur atau bahan binaan yang besar, kos yang mahal dan tidak boleh dilakukan di dalam kilang. Ini juga dikenali sebagai industri peringkat kedua. Antaranya membina bangunan, jambatan, lebuh raya, pelabuhan, kapal dan seumpanya.



2.     Perdagangan

Perdagangan merupakan aktiviti pengagihan barang dan perkhidmatan dari tempat penegeluaran ke tempat diperlukan. Aktiviti perdagangan melibatkan perniagaan dan bantuan perniagaan seperti peruncitan, perniagaan borong, import-eskport, perbankan, insurans, promosi dan sebagainya. Kegiatan perdagangan dapat menyempurnakan industri ekstraktif, perkilangan dan pembinaan.
3.     Khidmat Langsung
Khidmat langsung merupakan aktiviti pengeluaran yang tidak menghasilkan barang tetapi memberi perkhidmatan. Antaranya peguam, doctor, pelakon, pemuzik, akauntan dan guru. Merka memberi khidmat secara langsung kepada pelanggan. Khidmat yang ditawarkan bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia.




1.2b Jenis Pengeluaran



Terdapat dua jenis pengeluaran iaitu pengeluaran langsung dan tidak langsung. Manusia dapat memenuhi keperluan dan kehendaknya dengan menghasilkan sendiri barang yang diperlukan. Ini dipanggil pengeluaran langsung. Barang yang dikeluarkan tidak dijual. Aktiviti pengeluaran langsung tidak melibatkan aktiviti pengkhususan. Pengeluaran langsung dijalankan oleh petani sara diri dan juga masyarakat pada zaman dahulu. Hasil keluaran mereka banyak dan setakat memenuhi keperluan seisi keluarga sahaja.




                                                  Bercucuk tanam untuk kegunaan sendiri


Pengeluaran tak langsung merupakan kegiatan pengeluaran yang melibatkan bantuan oaring lain. Pengeluaran tak langsung sesuai diamalkan di zaman moden kerana melibatkan pengkhususan. Hasil keluaran dapat ditingkatkan dan terdapat lebihan keluaran. Lebihan ini boleh dijual bagi memperoleh wang. Wang yang diperoleh ini boleh digunakan untuk membeli barang dan perkhidmatan bagi memenuhi 
keperluan dan kehendaknya yang lain.



                                                     

1.2 PENGELUARAN


1.2a  Maksud Pengeluaran

Pengeluaran bermaksud segala aktiviti memproses bahan mentah menghasilkan barang separuh siap atau barang siap memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Menyediakan perkhidmatan juga merupakan aktiviti pengeluaran. Barangan yang dikeluarkan mestilah mempunyai nilai faedah. Nilai faedah bermaksud keupayaan sesuatu sesuatu barang dan perkhimatan dapat memuaskan keperluan dan kehendak. Sesuatu barang atau perkhidmatan bernilai faedah sekiranya berlaku pertambahan nilai akibat perubahan bentuk, beralih tempat, bertukar milikan dan menepati masa diperlukan.


Sebagai contoh, hasil tuaian kapas diproses menjadi benang. Benang ditenun untuk ditukar bentuknya menjadi kain. Kain  yang sudah siap, diproses pula menjadi pakaian. Kain dan pakaian dihantar ke kedai untuk dijual. Pengguna yang memerlukan kain membelinya daripada peniaga di kedai. Setiap aktiviti di atas telah melibatkan nilai faedah bentuk, tempat, milikan dan masa. Semakin kerap sumber dan sukar perubahan yang terlibat maka semakin tinggi nilai faedahnya dan semakin mahal harga barangan tersebut.

Hieraki Keperluan Maslow

1.    Keperluan Fisiologi

Menghirup udara, makan, minum, tidur, rehat dan kesihatan merupakan keperluan fisiologi bagi tubuh badan manusia. Keperluan pada tahap ini paling banyak dipenuhi. Ini merupakan keperluan paling asas kepada kehidupan manusia. Setelah keperluan asas ini dipenuhi, manusia perlu memenuhi keperluan keselamatan. Manusia perlu melindungi dirinya daripada ancaman luar yang boleh mendatangkan kemudaratan. Di antaranya ancaman musuh, binatang buas dan kesan cuaca panas atau sejuk. Oleh itu tinggal manusia memerlukan pakaian dan tempat tinggal. Bagi manusia di zaman moden, keperluan keselamatn juga dipenuhi melalui undang-undang, insurans dan kewujudan pasukan keselamatan seperti polis dan tentera.




2.    Keperluan Sosial
Bagi memenuhi keperluan ini, manusia perlu bergaul, hidup bermasyarakat dan mereka tidak boleh hidup bersendirian. Ini memupuk nilai persahabatan, hormat-menghormati, kasih sayang, kemesraan dan semangat bermuafakat. Seterusnya dapat membina masyarakat yang bersatu padu. Selain bergaul, manusia mahu dirinya dihormati dan diberi penghargaan. Manusia ingin disanjungi dan diiktiraf dalam hidupnya. Pencapaian keperluan ini membolehkan individu berasa yakin, berguna, berkebolehan dan telah melakukan sesuatu kepada masyarakat.




3.    Kepeluan Rohani
Keperluan rohani berada di tahap teratas dalam hieraki kepeluan manusia. Keperluan ini juga dikenali sebagai keperluan sempurna kendiri. Seseorang itu akan berusaha mencapai sesuatu yang sesuai dengan cita-cita dan kemampuannya. Manusia akan merasa sangat puas dan gembira apabila sesuatu yang diusahakannya berjaya. Contohnya, seorang pelajar yang berusah bersungguh-sungguh dalam peperiksaan akan berasa gembira apabila mendapat keputusan yang cemerlang. Manusia juga mencapai kepuasan dan kesempurnaan jiwa melalui bidang seni dan sukan. 

1.1b Maksud Kehendak

Kehendak bermaksud sesuatu perkara yang menjadikan manusia lebih selesa. Sekiranya kehendak tidak dipenuhi, manusia masih boleh meneruskan kehidupan. Perkara yang memenuhi kehendak tidak semestinya menjadi keperluan. Oleh itu,  kehendak lebih merupakan pelengkap kepada keperluan manusia. Apabila kehendak telah dapat dipenuhi, manusia akan lebih hidup mewah dan bergaya. Di antara kehendak manusia adalah kereta mewah, rumah banglo, makanan yang lazat, melancong, menikmati hiburan dan seumpanya.




                                             Kereta mewah 





                                             Rumah banglo


Kehendak manusia tidak terhad dan begitu kompleks. Kehendak manusia juga sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Apabila kehendak lama telah dipenuhi, akan timbul pula kehendak lain. Ia juga berbeza mengikut faktor umur, jantina, pendidikan, pekerjaan dan status sosial seseorang. Oleh kerana manusia tidak mampu memenuhi semua kehendaknya, ia mestilah menyusun kehendaknya mengikut keutamaan dan kemampuan masing-masing.

Perbezaan keperluan dengan kehendak
                            KEPERLUAN
1.     Mesti dipenuhi untuk manusia hidup.
2.     Keperluan manusia adalah sama dan tetap walaupun taraf hidup berubah.
3.     Keperluan manusia mengikut tahap-tahap tertentu dalam suatu susunan secara hieraki.
4.     Keperluan asas manusia adalah makanan, pakaian dan tempat tinggal.
5.     Keperluan sebagai tuntutan semula jadi.

                            KEHENDAK
1.     Kehendak sebagai pelengkap kehidupan manusia.
2.     Kehendak manusia berbeza-beza dan berubah-ubah mengikut taraf hidup.
3.     Kehendak tidak dapat ditentukan, tiada had dan hanya mengikut keutamaan seorang sahaja.


1.1c  Hieraki Keperluan Maslow
Keperluan manusia dapat diklafikasikan kepada beberapa tahap. Menurut seorang ahli psikologi bernama Abraham Maslow, terdapat lima tahap keperluan manusi. Teori ini dinamakan Hieraki Keperluan Maslow. Beliau mendakwa setiap manusia mempunyai keprluan yang sama. 

Maksud Keperluan

Maksud Keperluan



Keperluan bermaksud sesuatu perkara yang perlu ada bagi manusia untuk terus hidup. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi, manusia akan mati. Keperluan manusia terdiri daripada keperluan asas dan keperluan lain. Keperluan asas bagi manusia adalah keperluan fisiologi iaitu makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Makanan merupakan keperluan bagi manusia untuk terus hidup. Tanpa makanan dan minuman anggota badan manusia tidak berfungsi. 





Pakaian juga merupakan merupakan keperluan bagi manusia untuk melindungi dirinya daripada cuaca panas dan sejuk.



                                     pakaian untuk melindungi tubuh badan 






 Tempat tinggal menjadi keperluan bagi manusia untuk berlindung daripada ancaman musuh, binatang buas, keadaan cuaca panas dan sejuk. Rumah sebagai keperluan asas bagi manusia.

 Bagi manusia dalam zaman moden, terdapat juga keperluan lain yang harus dipenuhi. Sekiranya tidak dipenuhi, manusia akan mengalami kehidupan yang sukar. Keperluan lain manusia dalam  zaman ini adalah pendidikan, kesihatan, pengangkutan dan prasarana seperti beklan elektrik dan air.



Pendidikan sebagai suatu keperluan bagi manusia mencari dan mengembangkan ilmu. Tanpa ilmu, manusia tidak maju dan tiada pembangunan. Kesihatan juga merupakan keperluan bagi setiap manusia. Kita mencintai persekitaran yang sihat dan tidak mahu dijangkiti penyakit. Disamping itu, manusia ingin bergerak bebas. Oleh itu, kemudahan pengangkutan sama ada melalui darat, laut atau udara merupakan keperluan bagi manusia. Kehidupan seharian manusia semakin mudah dengan adanya bekalan air dan elektrik. Jika bekalan elektrik atau air terganggu, kehidupan manusia pada zaman moden ini boleh terjejas.  

Friday, 24 June 2011

Perdagangan ~

Blog Perdagangan SMKMM disediakan oleh pelajar sekolah SMKMM. Blog ini dibuat bagi berkongsi maklumat mengenai subjek pelajaran di sekolah menengah iaitu subjek Perdagangan untuk membantu melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan asas dalam bidang perdagangan. Pelajar juga di harapkan mampu mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran asas serta mengukuhkan minat bagi tujuan meneruskan pendidikan perdagangan di peringkat yang lebih tinggi di samping mengenal pasti peluang-peluang pekerjaan dalam bidang perdagangan dan memilih sesuatu pekerjaan dengan bijak sama ada yang bersifat berusaha sendiri atau dengan majikan. Sekian ~