Keperluan bermaksud sesuatu perkara yang perlu ada bagi manusia untuk terus hidup. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi, manusia akan mati. Keperluan manusia terdiri daripada keperluan asas dan keperluan lain. Keperluan asas bagi manusia adalah keperluan fisiologi iaitu makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Makanan merupakan keperluan bagi manusia untuk terus hidup. Tanpa makanan dan minuman anggota badan manusia tidak berfungsi.
Pakaian juga merupakan merupakan keperluan bagi manusia untuk melindungi dirinya daripada cuaca panas dan sejuk.
pakaian untuk melindungi tubuh badan
Tempat tinggal menjadi keperluan bagi manusia untuk berlindung daripada ancaman musuh, binatang buas, keadaan cuaca panas dan sejuk. Rumah sebagai keperluan asas bagi manusia.
Bagi manusia dalam zaman moden, terdapat juga keperluan lain yang harus dipenuhi. Sekiranya tidak dipenuhi, manusia akan mengalami kehidupan yang sukar. Keperluan lain manusia dalam zaman ini adalah pendidikan, kesihatan, pengangkutan dan prasarana seperti beklan elektrik dan air.
Pendidikan sebagai suatu keperluan bagi manusia mencari dan mengembangkan ilmu. Tanpa ilmu, manusia tidak maju dan tiada pembangunan. Kesihatan juga merupakan keperluan bagi setiap manusia. Kita mencintai persekitaran yang sihat dan tidak mahu dijangkiti penyakit. Disamping itu, manusia ingin bergerak bebas. Oleh itu, kemudahan pengangkutan sama ada melalui darat, laut atau udara merupakan keperluan bagi manusia. Kehidupan seharian manusia semakin mudah dengan adanya bekalan air dan elektrik. Jika bekalan elektrik atau air terganggu, kehidupan manusia pada zaman moden ini boleh terjejas.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete