Cabang pengeluaran
Terdapat beberapa cabang pengeluaran iaitu perusahaan, perdagangan dan khidmat langsung.
1. Perusahaan
Terdapat tiga jenis perusahaan iaitu industri ekstraktif, industri perkilangan dan industri pembinaan.
i. Industri Ekstraktif
Industri ekstraktif merupakan kegiatan mengekploitasi sumber asli seperti kayu balak, bijih timah dan getah. Ia juga dikenali sebagai industri pertama. Industri ini melibatkan usaha pengeluaran bahan mentah dari alam semula jadi untuk diproses menjadi barang separuh siap. Antara kegiatannya adalah perlombongan, pembalakan, perikanan dan pertanian.
ii. Industri Perkilangan
Industri perkilangan merupakan aktiviti memproses bahan mentah daripada industri esktraktif menjadi barang separuh siap atau barang siap. Ini merupakan industri peringkat kedua. Antaranya adalah keluli industri petroleum, besi keluli, pengetinan makanan, pemasangan kereta dan industri perkilangan lain.
iii. Industri Pembinaan
Industri pembinaan merupakan aktiviti membina struktur atau bahan binaan yang besar, kos yang mahal dan tidak boleh dilakukan di dalam kilang. Ini juga dikenali sebagai industri peringkat kedua. Antaranya membina bangunan, jambatan, lebuh raya, pelabuhan, kapal dan seumpanya.
2. Perdagangan
Perdagangan merupakan aktiviti pengagihan barang dan perkhidmatan dari tempat penegeluaran ke tempat diperlukan. Aktiviti perdagangan melibatkan perniagaan dan bantuan perniagaan seperti peruncitan, perniagaan borong, import-eskport, perbankan, insurans, promosi dan sebagainya. Kegiatan perdagangan dapat menyempurnakan industri ekstraktif, perkilangan dan pembinaan.
3. Khidmat Langsung
Khidmat langsung merupakan aktiviti pengeluaran yang tidak menghasilkan barang tetapi memberi perkhidmatan. Antaranya peguam, doctor, pelakon, pemuzik, akauntan dan guru. Merka memberi khidmat secara langsung kepada pelanggan. Khidmat yang ditawarkan bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia.
No comments:
Post a Comment