1.2a Maksud Pengeluaran
Pengeluaran bermaksud segala aktiviti memproses bahan mentah menghasilkan barang separuh siap atau barang siap memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Menyediakan perkhidmatan juga merupakan aktiviti pengeluaran. Barangan yang dikeluarkan mestilah mempunyai nilai faedah. Nilai faedah bermaksud keupayaan sesuatu sesuatu barang dan perkhimatan dapat memuaskan keperluan dan kehendak. Sesuatu barang atau perkhidmatan bernilai faedah sekiranya berlaku pertambahan nilai akibat perubahan bentuk, beralih tempat, bertukar milikan dan menepati masa diperlukan.
Sebagai contoh, hasil tuaian kapas diproses menjadi benang. Benang ditenun untuk ditukar bentuknya menjadi kain. Kain yang sudah siap, diproses pula menjadi pakaian. Kain dan pakaian dihantar ke kedai untuk dijual. Pengguna yang memerlukan kain membelinya daripada peniaga di kedai. Setiap aktiviti di atas telah melibatkan nilai faedah bentuk, tempat, milikan dan masa. Semakin kerap sumber dan sukar perubahan yang terlibat maka semakin tinggi nilai faedahnya dan semakin mahal harga barangan tersebut.
No comments:
Post a Comment