Thursday, 30 June 2011

Hieraki Keperluan Maslow

1.    Keperluan Fisiologi

Menghirup udara, makan, minum, tidur, rehat dan kesihatan merupakan keperluan fisiologi bagi tubuh badan manusia. Keperluan pada tahap ini paling banyak dipenuhi. Ini merupakan keperluan paling asas kepada kehidupan manusia. Setelah keperluan asas ini dipenuhi, manusia perlu memenuhi keperluan keselamatan. Manusia perlu melindungi dirinya daripada ancaman luar yang boleh mendatangkan kemudaratan. Di antaranya ancaman musuh, binatang buas dan kesan cuaca panas atau sejuk. Oleh itu tinggal manusia memerlukan pakaian dan tempat tinggal. Bagi manusia di zaman moden, keperluan keselamatn juga dipenuhi melalui undang-undang, insurans dan kewujudan pasukan keselamatan seperti polis dan tentera.




2.    Keperluan Sosial
Bagi memenuhi keperluan ini, manusia perlu bergaul, hidup bermasyarakat dan mereka tidak boleh hidup bersendirian. Ini memupuk nilai persahabatan, hormat-menghormati, kasih sayang, kemesraan dan semangat bermuafakat. Seterusnya dapat membina masyarakat yang bersatu padu. Selain bergaul, manusia mahu dirinya dihormati dan diberi penghargaan. Manusia ingin disanjungi dan diiktiraf dalam hidupnya. Pencapaian keperluan ini membolehkan individu berasa yakin, berguna, berkebolehan dan telah melakukan sesuatu kepada masyarakat.




3.    Kepeluan Rohani
Keperluan rohani berada di tahap teratas dalam hieraki kepeluan manusia. Keperluan ini juga dikenali sebagai keperluan sempurna kendiri. Seseorang itu akan berusaha mencapai sesuatu yang sesuai dengan cita-cita dan kemampuannya. Manusia akan merasa sangat puas dan gembira apabila sesuatu yang diusahakannya berjaya. Contohnya, seorang pelajar yang berusah bersungguh-sungguh dalam peperiksaan akan berasa gembira apabila mendapat keputusan yang cemerlang. Manusia juga mencapai kepuasan dan kesempurnaan jiwa melalui bidang seni dan sukan. 

No comments:

Post a Comment