1.3b Usahawan dan Peniaga
Terdapat perbezaan yang ketara usahawan dan peniaga. Seseorang peniaga tidak semestinya usahawan. Manakala usahawan tidak semestinya adalah peniaga.
Usahawan merupakan individu yang dapat menggabungkan faktor pengeluaran secara cekap dan bijak bagi menghasilkan barang atau perkhidmatan. Faktor pengeluaran dapat digembleng secara maksimun bagi menghasilkan produk yang bernilai faedah tinggi kepada manusia.Usahawan juga mempunyai sifat kreatif, inovatif, dinamik, tekun dan berkeupayaan menghasilkan barangan yang dapat memenuhi keperluan manusia.manakala seseorang peniaga hanya melibatkan diri dalam perniagaan untuk meraih keuntungan semata-mata.
Peniaga tidak membuat sebarang perubahan ke atas perniagaan yang dikendalikan. Peniaga hanya menjaga kepentingan peribadi iaitu keuntungan hasil daripada aktiviti jual beli. Bagi usahawan, keuntungan bukanlah matlamat akhir. Secara amnya, keuntungan hanyalah sebagai permulaan baginya untuk meneruskan usaha. Usahawan juga sentiasa melakukan perubahan agar barang dan perkhidmatan yang ditawarkan mendapat tempat di pasaran.
1. Kreatif
Usahawan mestilah kreatif iaitu berkeupayaan mencipta dan menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Daya kreativiti usahawan menghasilkan sesuatu barangan yang baru, berguna dan berkualiti akan dapat menyaingi pesaingnya. Rekaan dan ciptaan baru para usahawan yang kreatif dapat memenuhi kehendak dan citarasa masyarakat. Daya kreativiti usahawan dapat dilihat dalam pembangunan teknologi maklumatdan komunikasi. Pelbagai perisian computer dicipta selaras tahap penggunaan computer di pelbagai bidang. Penciptaan kad pintar dan perisian khas membolehkan pelbagai urus niaga dibuat tanpa menggunakan kertas dan wang.
2. Inovatif
Usahawan mestilah dan sentiasa peka dengan kemajuan dan perubahan yang berlaku. Inovatif bermaksud kebolehan mengubah suai, meningkatkan mutu atau membuat pembaharuan ke atas barang atau perkhidmatan yang sedia ada kepada sesuatu yang berbeza dan luar biasa. Satu inovasi yang dilakukan oleh syariakat telefon bimbit adalah perkhidmatan Penghantaran Mesej Ringkas ( Short Messaging Service – SMS ) iaitu penghantaran maklumat ringkas melalui telefon bimbit. Ini menjimatkan masa dan memberi pilihan kepada pengguna untuk menyampaikan maklumat kepada orang lain.
3. Berani mengambil risiko
Usahawan mestilah berani mengambil risiko yang munasabah. Usahawan akan berhadapan dengan dua bentuk risiko iaitu risiko yang boleh dihitung dan dikawal serta risiko yang tidak boleh dihitung. Semakin besar sesuatu risiko, semakin tinggi ganjaran yang diterima. Sebaliknya semkain kecil sesuatu risiko, semakin kecil ganjaran yang diterima. Usahawan mestilah mempertimbangkan secara rasional antara ganjaran dan risiko sesuatu projek yang diusahakan.
4. Kebolehan mengurus
Usahawan mestilah mempunyai kebolehan mengurus supaya perniagaan dapat dikendalikan dengan baik. Di antara kebolehan mengurus yang diperlukan adalah pengendalian pekerja, menguruskan aspek kewangan dan membuat perancangan supaya segala sumber perniagaan digunakan secara berkesan. Pengurusan yang berkesan dapat memajukan dapat membentuk perniagaan yang maju dan berdaya saing. Selain daripada empat sifat tersebut, usahawan juga perlu berpandangan jauh, bijak merebut peluang, amanah, berkeyakinan tinggi dan cekap. Semua ini membezakan usahawan dan peniaga.
No comments:
Post a Comment